Monday, April 27, 2009

CITARASA 2-LUXURY TREAT

Posted by tichu at 8:26 PM 0 comments

Koleksi Luxury Treat kami terdiri dari

  • Almond Delight

  • Banana Raisin

  • Lemon Velvet

  • Double Choc


Almond Delight




Muffin Almond Delight diadun dengan kisaran badam didalamnya yang menghasilkan muffin yang tinggi khasiatnya dan sungguh lembut teksturnya. Malahan, muffin ini juga ditaburi dengan hirisan badam diatasnya. Anda tidak akan mungkin dapat menolaknya!







Banana Raisin



Di ticu mini muffins, kami hanya menggunakan pisang berkualiti tinggi seperti pisang Montel, Cavendish atau Dole dan kismis yang terbaik bagi menghasilkan banana raisin muffin kami. Anda akan merasai kemanisan yang asli dari banana raisin muffin kami.










Lemon Velvet

Bagi penggemar lemon, muffin ini adalah satu kemestian. Parutan lemon dan campuran sour cream menjadikannya teksturnya selembut baldu. Santapan istimewa yang hebat dan mewah.











Double Choc

Bayangkan muffin yang kaya dengan coklat dan diisi pula dengan seketul dark chocolate! Muffin double choc kami pasti akan memenuhi segala impian coklat anda dalam sekelip mata.

Muffin Luxurious Treat Kami boleh ditempah dalam tiga saiz

  • comel RM 0.80
  • mama RM 1.40
  • papa RM 2.00

Wednesday, April 22, 2009

HUBUNGI KAMI

Posted by tichu at 12:37 AM 0 comments

ALAMAT KAMI : 29, JALAN PINGGIRAN USJ 1/3, SHAH ALAM, SELANGOR

Buat masa ini, anda boleh membuat tempahan melalui telefon kepada kami : 012-308 3992

TEMPAHAN

Posted by tichu at 12:29 AM 0 comments
Anda telah melihat koleksi kami? Ingin menempah ?

Syarat-syarat tempahan:

4 hari sebelum tempahan diperlukan dan bayaran mesti diselesaikan 3 hari sebelum tarikh diperlukan

bagi tempahan dengan kotak biasa: sekurang-kurangnya 50 mini muffins dalam 1 atau 2 perasa sahaja

Tuesday, April 21, 2009

PEMBUNGKUSAN INDIVIDU

Posted by tichu at 11:59 PM 0 comments
Bagi tempahan biasa, kami akan menyediakan ticu mini muffins anda di dalam kotak putih tanpa dibungkus setiap satu. Tetapi anda boleh memilih untuk membungkus setiap satu muffin anda dengan sedikit caj tambahan.


BEG COMEL




Mini muffins anda boleh dimasukkan kedalam beg comel dari kain organza. Sesuai untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Beg comel kami ini samada polos [plain] atau bercorak.


Beg comel polos boleh didapati dalam warna putih, hijau, biru dan pink. Sementara beg comel bercorak berwarna pink atau putih sahaja. Setiap beg hanya 40 sen sahaja.



KOTAK ELEGAN


Kotak elegan berisi muffin ini sangat sesuai untuk dititipkan kepada tetamu-tetamu anda. Kotak yang berharga 60 sen sahaja ini akan pasti menyerikan lagi majlis anda.


BEG KERTAS


Beg kertas ticu mini muffins ini boleh memuatkan 2 mini muffins yang lazat dan dibungkus setiap satu. Sesuai untuk apa-apa majlis keraian. Corak dan warna beg bergantung kepada stok. Hanya RM 1.20 sahaja [tidak termasuk harga muffin]


KOTAK PILIHAN

Posted by tichu at 11:04 PM 0 comments
Kami menyediakan pelbagai jenis kotak untuk memuatkan tempahan ticu mini muffins anda agar ia sesuai dengan majlis yang anda adakan.
KOTAK PUTIH
Kotak putih disediakan secara PERCUMA oleh ticu mini muffins. Ianya dapat memuatkan 25 mini muffin.













KOTAK HANTARAN PERKAHWINAN [SILVER ATAU GOLD]

Kotak kantaran yang sangat cantik ini boleh memuatkan 20 muffin yang dibungkus satu persatu. Dilapik dengan kain organza yang bercorak indah dan mempunyai "tingkap plastik" di bahagian atasnya. Sesuai untuk dijadikan hantaran majlis perkahwinan atau pertunangan.
Kotak hantaran berserta kain organza ini berharga RM 10 sahaja. [tidak termasuk harga muffin]

KOTAK HADIAH SUPER COMEL

Kotak hadiah comel ini boleh diisi dengan dua muffin saiz super comel [XS]
khas hanya untuk tetamu sebagai door gift. 2 muffin dan kotak berharga RM2.50 sahaja








3] KOTAK HADIAH CORAK HATI, CORAK BUNGA DAN CORAK TEDDY BEAR



Kotak hadiah yang sangat menarik ini dilapik dengan 'kain tisu' yang lembut untuk menambah kecantikannya.
Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah bagi sebarang keraian seperti majlis ulangtahun, menyambut kejayaan atau untuk ibu yang tercinta. Ia dapat memuatkan 24 mini muffins dan berharga RM 10 sahaja. [tidak termasuk harga muffin]










RIBEN
Anda juga boleh menambah keserian kotak-kotak hadiah anda dengan menambah riben yang diperbuat dari kain organza. Caj sebanyak RM 5 bagi setiap riben

CITARASA 1- ALL TIME FAVOURITES & OUR MUST TRY

Posted by tichu at 6:57 PM 1 comments


Ticu mini muffins diadun dengan menggunakan 100% butter, susu segar dan telur gred A. Tanpa pengawet atau perasa tiruan, ianya sesuai dan lazat dimakan oleh semua peringkat umur.

Di halaman ini, kami menyediakan dua koleksi mini muffin untuk anda pilih

1] All-Time Favourite -Traditional Vanilla, Aromatic Pandan, Chocolaty Chocolate

2] Our-Must Try- Oreo-Fantastico & Chocolate Chip Wonder

Boleh ditempah dalam 3 saiz yang berlainan

Dibakar sehari sebelum tempahan untuk memberikan anda peluang menikmati kelazatannya yang sebenar. Ticu mini muffins boleh disimpan diantara 5 - 7 hari [bergantung kepada jenis muffin, tempat dan cara ia disimpan], itupun jika anda dapat menahan diri dari memakannya!!!!


1] All-Time Favourite

  • traditional vanilla
  • aromatic pandan
  • chocolaty choc




  • Bagi mereka yang gemarkan rasa asli muffin, kami menyediakan traditional vanilla.

Sesuai dihidangkan sebagai pemanis mulut sewaktu minum petang bersama keluarga dan juga tetamu anda.

Boleh juga dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang.














Hiasan taburan sprinkles akan pasti menyerikan muffin vanilla dan menawan hati sesiapa yang memandangnya. Buat anak-anak anda yang tercinta, kami hiaskan muffin anda dengan PERCUMA!!!







Muffin aromatic pandan dari ticu mini muffins diadun dengan air daun pandan segar.

Ekstrak pandan ini menerbitkan bau pandan yang harum dan menjadikan teksturnya sungguh lembut dan gebu.

Warna hijau yang asli dan bau harum pandan pasti akan membangkitkan selera anda.







Muffin chocolaty choc kami yang kaya dengan serbuk koko dengan kemanisan yang secukup rasa pasti akan memuaskan hati golongan dewasa dan kanak-kanak!!

Harga koleksi All Time Favourite bagi saiz

  • comel [S]: 60 sen
  • mama [M]: RM 1.00
  • papa[L]: RM 1.60

2) Our-Must Try

  • oreo-fantastico
  • chocolate-chip wonder

Kedua-dua jenis muffin ini adalah antara muffin kami yang paling digemari, terutamanya oleh kanak-kanak.

Muffin oreo fantastico diadun bersama biskut oreo yang dihancurkan dan ditaburi diatasnya dengan biskut oreo!!! Kanak-kanak sangat menggemarinya dan tidak kurang juga oleh yang dewasa.

Muffin chocolate-chip wonder dipenuhi dengan chocolate chip yang menjadi kesukaan ramai. Warna chocolate chip yang gelap di dalam adunan yang berwarna cerah menambat hati sesiapa juga!








Jadi, apa tunggu lagi, tempah ticu mini muffins yang lazat dan berkhasiat .


Harga koleksi Our Must Try bagi saiz :

  • comel [S]: 70 sen
  • mama[M]: RM 1.20
  • papa[L]: RM 1.80







 

ticu mini muffins Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez